Secara umumnya, komponen asas fizikal komputer terdiri daripada peranti input, unit sistem (pemprosesan), storan dan output.
1. Input
Digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer.
Perkakasan Input
♦ Papan Kekunci (Keyboard)
♦ Tetikus (Mouse)
♦ Mikrofon
♦ Pengimbas (Scanner)
♦ Kamera Digital
♦ Joystick
♦ Pengimbas kod bar (barcode scanner)
♦ Mesin CT X-Ray
♦ Pembaca kad pintar (smartcard reader)
♦ Pengimbas cap jari
Perisian Input
Capture Pro
Image Stabelizer,
Light mastering,
Graphic adapter
Intermec SmartWedge
2. Storage
Ingatan utama computer untuk menyimpan program atau data yang sedang digunakan. Dikenali sebagai storan primer atau storan utama. Terdapat 2 jenis ingatan dalam computer iaitu Ingatan Capaian Rawak (RAM-Random Access Memory) dan Ingatan Baca Sahaja (ROM-Read Only Memory). Kandungan ROM tidak boleh diubah oleh pengguna dan data di dalam ROM tidak akan hilang apabila computer dimatikan. ROM digunakan untuk menyimpan arahan yang diperlukan ketika memulakan computer. RAM menyimpan data buat sementara ketika computer digunakan. Kandungannya boleh diubah dan dan akan hilang apabila computer dimatikan. Storan sekunder ialah peranti storan bagi menyimpan data secara kekal seperti CD dan sebagainya.
Perkakasan Storage
♦ Thumb Drive
♦ Hard Disk
♦ Server / Hosting
♦ Flash memory
♦ USB drive
♦ Optical drives
♦ Buslink
♦ Iomega Portable
♦ CD-R (CD-Recordable)
Teknologi CD rakaman untuk storan data dan muzik menggunakan cakera yang boleh ditulis sekali sahaja. Saiz cakera adalah kira-kira 650MB
♦ CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory)
Sebuah format cakera padat yang digunakan untuk menyimpan teks, grafik dan muzik. Pemain CD audio tidak boleh membaca CD-ROM berisi data tetapi pemain CD-ROM boleh membaca CD audio.
♦ CD-RW (CD-ReWritable)
Pemacu CD-RW boleh menulis kepada cakera CD-R, dan ia boleh membaca CD-ROM. Cakera CD-RW boleh ditulis semula banyak kali dan boleh dibaca berulang kali pada pemacu CD-ROM atau CD-RW.
♦ DVD (Digital Versatile Disk)
Diperkenalkan pada tahun 1996, cakera optik ini mempunyai saiz yang sama dengan CD tetapi kapasiti storan adalah lebih besar iaitu dari 4 hingga 28 kali lebih besar.
♦ DVD Video
Format yang popular untuk kualiti tinggi video MPEG2 dan bunyi sekeliling digital.
♦ DVD-RAM (DVD Random Acces Memory)
Cakera DVD boleh tulis semula berasaskan katrij. DVD-RAM pertama diperkenalkan pada tahun 1998 dengan kapasiti 2.6GB (sebelah) dan 5.2GB (dua belah). Versi 2 DVD-RAM dengan kapasiti 4.7GB dikeluarkan pada 1999 dan kapasiti 9.4GB pada tahun 2000.
♦ DVD-ROM
Mula diperkenalkan pada tahun 1997, cakera DVD digunakan untuk menyimpan data dan aliran interaktif bersama-sama audio dan video.
♦ DVD+RW (DVD ReWritable)
Ia dibangunkan bersama oleh Hewlett-Packard, Mitshubishi Chemical, Philip, Ricoh, Sony dan Yamaha, di mana ia adalah satu-satunya format boleh tulis semula yang serasi dengan pemain video DVD dan pemain DVD-ROM
♦ NAS (Network Attached Storage)
Storan berkeupayaan tinggi yang menyediakan perkongsian data kepada pelanggan dan pelayan dalam rangkaian kawasan setempat (Local Area Network)
3. Processing
Merupakan satu unit sistem di mana satu kotak yang mengandungi litar elektronik melaksanakan pemprosesan data. Ia terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) juga dikenali sebagai ‘otak’ kepada sistem komputer, ingatan dan komponen-komponen elektronik yang lain.
Perkakasan Pemprosesan
♦ CPU (central processing unit) atau mesin memproses yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di dalam motherboard tersebut. CPU juga dikenali sebagai mikropemproses, iaitu sebuah cip yang mengawal dan menjalankan segala tugas komputer.
Perisian Sistem
- Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,
- Linux
- Antivirus
- Macintosh
- DOS (Disk operating system)
Perisian Aplikasi
- Publisher
- Computer Aided Design (CAD)
- Adobe Flash, menyuntik elemen grafik animasi
- Lotus
- Photoshop
- Coraldraw
4. Output
Peranti Output digunakan untuk mengeluarkan teks atau grafik daripada komputer ke dalam bentuk fizikal menggunakan pencetak/printer.
Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di dalam
sesuatu sistem.
Perkakasan Output
♦ Pencetak
♦ Pembesar suara
♦ Projector
♦ Kad tebuk
♦ Telefon
♦ Monitor
♦ Facsimile (Fax)
♦ Multifunction
Perisian Output
XMLLabel, ERPLabel
Jenis-Jenis Perisian
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
1. Perisian Sistem
2. Perisian Utiliti
3. Perisian Aplikasi
Perisian Sistem
Satu perisian Sistem Operasi. Membolehkan perkakasan berkomunikasi dengan perisian aplikasi. Berperanan sebagai perisian tulang belakang komputer.
Contoh-contoh perisian Sistem:
• Windows (98, 2000, Me, XP, Vista)
• DOS 6.22
• UNIX, Linux
• OS2
• Mac OS X
Perisian Utiliti
Perisian ini berfungsi untuk menguruskan fail-fail dan perkakasan komputer.
Contoh dan Kegunaan
a. Menyusun fail iaitu seperti Defrag dan Speed Disk.
b. Mengimbas Fizikal Cakera Keras seperti Scandisk, Norton Disk Doctor, Antivirus (Mengimbas dan Nyahvirus), PC-Cillin, Norton Antivirus, Mc Afee, AVG dan Kaspersky.
c. Memampatkan fail iaitu WinZip, ARJ dan Winrar
d. Memotong fail kepada beberapa bahagian iaitu File Splitter
e. Pakej Pengurusan Fail Komputer seperti Norton System Works dan System Mechanic
Perisian Aplikasi
Perisian ini mempunyai pelbagai jenis variasi perisian mengikut penggunaan.Ianya berkembang dengan cepat kerana penggunaan komputer yang tidak terhad.
Contoh dan kegunaan
a. Pemproses Perkataan iaitu MS Word, Lotus, open office dan sebagainya
b. Perisian Persembahan seperti MS PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus FreeLance
c. Penyunting Web seperti Composer, Dreamweaver dan FrontPage
d. Penyunting Video seperti Adobe Premier, Ulead Cool dan Ifilm Editor
Terdapat perisian Aplikasi yang lain seperti untuk Hiburan / Multimedia : CyberLink Player, Penyunting Grafik : Adobe Photoshop, Pelayar Internet : Internet Explorer, Pengaturcaraan : MS Visual C++ dan sebagainya.
Komputer terbahagi kepada dua elemen utama yang saling bergantung antara satu sama lain iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).
Perkakasan merupakan peralatan fizikal (yang boleh dipegang dan lihat) komputer yang mempunyai bahagian luaran dan dalaman. Kebanyakan pengguna sudah mengenali perkakasan luaran yang boleh dilihat di bahagian hadapan komputer seperti papan kekunci, monitor, tetikus, pemacu cakera liut (disket), pemacu CD dan kotak (casing) komputer.
Lebih banyak perkakasan yang akan dapat dilihat dan sebenarnya menjadi nadi utama kepada operasi sesebuah komputer jika kita melihat ke dalamnya.
Secara asasnya, komponen perkakasan komputer (di bahagian dalam) akan mempunyai papan induk (mother board), cip mikropemproses (microprocessor) dan bekalan tenaga (power supply).
Papan induk ini (yang menjadi nadi komputer) akan disambungkan kepada cakera keras (hard disc), pemacu cakera padat (CD), pemacu cakera liut (drive A) dan sebagainya.
Cakera keras, cakera liut, CD dan terkini DVD (pemacu video digital) membolehkan data-data yang dimasukkan ke dalam komputer dapat disimpan dan dibaca semula. Peranti yang membenarkan data-data tersebut dibaca semula dikenali sebagai pemacu cakera (disk drive).
Pemacu Cakera
Mikropemproses iaitu peranti berbentuk cip ini merupakan komponen utama kepada operasi sesebuah komputer. Kelajuan sesebuah komputer beroperasi bergantung kepada kelajuan cip mikropemproses ini yang juga dikenali sebagai CPU (unit pemproses sepusat).
Secara mudahnya CPU menjalankan peranan seperti sebuah mesin kalkulator berkuasa iaitu menjalankan pengiraan bagi data-data masuk dan keluar (input dan output) dan juga membuat keputusan. Antara cip mikropemproses terkenal ialah Pentium dan Celeron keluaran Intel Corporatian dan AMD Athlon keluaran Advance Micro Devices Inc.
Storan - komputer juga mempunyai ingatan supaya boleh mengingati kembali segala tugas yang telah dilakukan. Alat untuk menyimpan data dipanggil storan. Kebiasaannya pengguna PC menyimpan data di dalam dalam cakera keras (HD), cakera liut, cakera padat (CD) dan juga pemacu Zip.
Storan juga dibuat dalam bentuk memori atau ingatan pada RAM, Cache Memory dan ROM yang berfungsi sebagai storan sementara untuk mempercepatkan penggunaan program komputer.
Pembekal Tenaga
CD-ROM (cakera padat-memori baca sahaja) ialah sejenis cakera padat yang dibuat untuk dimainkan di dalam komputer. ‘Baca sahaja’ atau Read Only bermaksud data-data hanya dapat dibaca sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan simpanan/rakaman data.
Kini terdapat CD-R (CD boleh rakam) dan CD-RW (boleh dirakam berkali-kali) yang membolehkan kita menyimpan lebih banyak data ke dalam CD jenis ini berbanding cakera liut. Bagaimanapun anda memerlukan perakam khusus untuk tujuan menyimpan data di dalam CD jenis ini.
Seperti yang dinyatakan minggu lepas, perisian pula merupakan program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna berhubung dengan komputer melalui program-program yang dibangunkan oleh para jurutera perisian dan pengaturcara (programmer).
Sudah tentu keberkesanan sesebuah komputer bergantung kepada perisian sistem operasi (seperti MS-DOS, Windows, UNIX dan Linux) yang merupakan program komputer paling utama diperlukan.
Perisian sistem operasi (OS) yang merupakan ‘otak’ kepada komputer berkuasa penuh untuk memastikan operasi semua perkakasan dan juga perisian-perisian aplikasi yang lain.
Perisian aplikasi iaitu program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja khusus seperti perisian anti-virus (seperti Norton, Trend dan sebagainya), perisian produktiviti (seperti Microsoft Word, Powerpoint, perisian grafik (Adobe Photoshop), permainan, e-mel dan sebagainya.
SELAMAT MENEROKA!!!!
Sumber:
Majalah Estidotmy
Mohd. Aizaini Maarof. 2004. Teknologi Maklumat : Internet, Sistem Maklumat dan Bahasa Pengaturcaraan. Universiti Teknologi Malaysia, Sekudai.
Majalah PC. Julai 2009