yoohooo..

welCome 2 Ours Blog.. thiS Blog a little Bit fOr eDucate Viewers aBout SomethiNg, especially abOut Mass CommuNicatiOn

So.. we hOpe This Blog Gonna help yOu "viewers"...

Tuesday, 6 December 2011

GOOGLE...YAHOO..PERBEZAANNYA??

Enjin pencarian yahoo mempunyai pelbagai fungsi. Yahoo merupakan enjin pencarian maklumat, namun maklumat atau laman web yang ada kita perolehi agak sedikit berbanding Google.
Terdapat beberapa kelebihan di antara Google dan Yahoo. Kedua-duanya menawarkan produk yang menarik kepada semua pelangan mereka. Dengan kata lain kedua-duanya menawarkan versi untuk kegunaan pelangan yang sama seperti (Maps, Local Search, Image Search) namun terdapat perbezaan antara kedua-dua enjin carian ini.
 
Sumber:
http://www.lukew.com/ff/entry.asp?189


Produk
Google
Yahoo
Alerts

Google Alerts adalah pilihan email baru yang menawarkan web, berita, dan lain-lain berdasarkan citarasa pengguna.

Get real-time akan dikemaskini dan terus dikirimkan melalui email, telifon bimbit, atau Yahoo Messenger.
Answers

Google Answers adalah kemudahan untuk mencari jawapan kepada persoalan yang diberikan.

Yahoo akan mencari maklumat yang dicari dengan teliti sepertimana yang diingini.
Desktop Search
 
Akan menentukan email, file, media, riwayat web dan berchatting secara langsung.

Disediakan secara percuma dengan menawarkan downloadable search application dan memastikan setiap fail itu dapat disimpan mengikut citarasa yang diingini.


Directory

Google Web Directory yang telah direka dengan teknologi pencarian canggih iaitu Open Directory dimana memudahkan pencarian di web.

Yahoo! Directory akan memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari apa yang dikehendaki di web side.
Finance

untuk mengunakan google bagi mendapatkan maklumat megenai saham dengan hanya memasuki salah satu simbul ticker.
Pengguna memiliki akses pelbagai di yahoo bagi kemudahan ini.


Groups

Google Group adalah perbincangan melalui talian atau mailing list bagi membantu sekumpulan pengguna berkomunikasi dalam satu masa yang sama.

Bagi Yahoo pula ianya direka bagi memudahkan pengunjung mengunakannya bersama keluarga, teman dan telah direka melalui web dan email berkumpulan.
Image Search

Pencarian gambar Google adalah yang paling komprehensif di web dengan menawarkan lebih dari satu mailing gambar yang tersedia untuk dilihat.
Image Search yahoo juga menawarkan berjuta-juta gambar kepada pengunjung.


Local Search
Pencarian dilakukan di semua halaman web dan juga di dalam yellow pages untuk menentukan sumber data local yang dicari.


yahoo ada menyediakan yellow pagesnya tersendiri bagi memudahkan pelangan terus mencari nombor telefon, alamat dan sebagainya.


Mail

Gmail adalah satu lagi medium baru bagi menghantar web email, dengan adanya email ini ianya akan menjadi mudah berbanding menghantar surat.

Mail yang dihantar meliputi seluruh dunia dengan mengunakan cross-platform email solution, dan ianya adalah lebih murah dan mudah berbanding pesaing.
Maps


Google Maps adalah layaran Google yang menawarkan perhidmatan yang canggih dengan teknologi pemetaan termasuk lokasi perniagaan, informasi sewa beli serta arah perjalanan.
Peta perjalanan dan arah perjalanan untuk Bandar yang terdapat di USA sahaja.


Mobile

Pencarian google terletak ditangan pengunjung.


Dapat membaca berita, maklumat yang diperlukan, serta memuat turun maklumat yang diperlukan.
Movies

google menawarkan pencarian mudah dengan hanya klik di ruang pencarian google sahaja untuk mencari tajuk serta tarikh ditayangkan .
Yahoo pula menawarkan Trailers, DVD, showtimes, reviews, dan banyak lagi.

News

Google News menawarkan lebih dari 4,500 berita terbaharu seluruh dunia dalam bahasa Inggeris dan pelbagai bahasa.

Yahoo News pula menawarkan di halaman utama yahoo dan hanya ke ruangan berita pengunjung akan memperolehi pelbagai berita di seluruh dunia.
Personal Page

personalized homepage akan memberikan pengunjung melayari web diseluruh dunia.



Dapat melayari dimana sahaja web yang diingini dan juga menawarkan perkhidmatan email, berita, tv dan filem berdaftar serta banyak lagi.
Photo


Picasa perisian yang membantu pelanggan mencari maklumat, mengedit dan pelbagai gambar yang terdapat di dalam komputer pelangan.
eyimpan setiap gambar ke dalam album dan juga dapat menghantar kepada semua kawan melalui email.

Flickr
Mempamerkan gambar kegemaran pelangan ke seluruh dunia.
Product Search

Froogle adalah kemudahan yang ditawarkan pencarian secara sepesifik tentang kedai yang menjual barangan yang dicari serta menunjukkan lokasi tersebut.

Dapat mencari barangan yang diingini dan membuat pembandingan harga dengan mengunakan Yahoo Store dalam mencari harga yang terbaik.
Product Testing

Google labs yang menyediakan idea yang menarik bagi mereka yang mencari maklumat.

Perhidmatan yang terbaharu yang dilakukan seumpama lakukan hari ini untuk berkerja untuk hari esok.
Social Networking

Pengunjung dapat berhubung dengan kawan-kawan lain melalui jaringan yang selamat.

Dengan Yahoo 360°, pengunjung akan disediakan suatu tempat yang khas untuk memudahkan perhubungan dengan kawan-kawan.
Toolbar
Travel

Menyediakan kemudahan pencarian seperti hotel, airport serta tempat yang menarik untuk dilawati.

Memudahkan pengunjung mencari dimana tempat yang ingin dilawati.

Video Search

mencari rancangan TV didalam talian.
Weather

Memudahkan pengunjung mengetahui keadaan cuaca di tempat sendiri mahu pun di kawasan lain.

Keadaan grafik disediakan, keadaan semasa, catatan seluruh dunia yang telah disediakan oleh weather.com.
Web Search

Selain kemudahan yang ditawarkan kepada lebih 8 billion halaman web, Google juga memiliki banyak lagi kemudahan bagi kemudahan pengunjung

Yahoo juga menawarkan maklumat pencarian kepada pengunjung , pengunjung akan mendapat apa yang diingini dengan pencarian yang mudah dan senang.

~UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA~

Kerajaan telah menubuhkan pusat pengajian tinggi di seluruh Malaysia bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi bagi mereka yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran selepas alam persekolahan menengah.

Kerajaan menyedari akan kepentingan pendidikan peringkat tinggi dalam usaha membangunkan negara untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Lantaran itu, banyak universiti telah ditubuhkan di setiap negeri di seluruh Malaysia. Langkah ini diharap dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, berkualiti dan berdaya saing dalam menghadapi arus globalisasi.

Antara universiti yang terdapat di Malaysia ialah :




Sumber:
 http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/Education%20and%20Learning/Citizen/HigherEducation/ListofGovernmentUniversitiesInMalaysia/Pages/ListOfUniversity.aspx

ENJIN CARIAN

Apa itu Enjin Carian?
Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web dan kata kunci atau frasa. Apabila anda menaip kata kunci 'Malaysia' pada Google atau Yahoo! misalnya, enjin carian akan mencari kata kunci yang dimasukkan dengan kata kunci yang terdapat di dalam indeks pangkalan data. Apabila kata kunci 'Malaysia' dijumpai, maka laman web yang berkaitan dengan 'Malaysia' akan dipaparkan kepada anda.

Walau bagaimanapun, tidak semua enjin carian adalah sama. Sesetengah enjin carian akan mengindeks nama tajuk halaman sahaja, sesetengah enjin carian pula hanya akan mengindeks kandungan sahaja.

Umumnya, servis carian internet boleh dikategorikan kepada dua: direktori dan enjin pencari. Ramai yang keliru dengan kedua-dua terma ini, sehingga ada yang merujuk Yahoo! sebagai sebuah enjin pencari. Sebenarnya Yahoo! ialah sebuah direktori, bukan enjin pencari.

Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan penggunaan butang 'search' yang disediakan kepada pengguna. Ini boleh disalah ertikan oleh pengguna yang akan mengganggap servis yang digunakan adalah sebuah enjin pencari.

Apa yang membezakan antara enjin pencari dengan direktori ialah, pangkalan data bagi direktori mengandungi senarai alamat web yang dimasukkan oleh manusia manakala pangkalan data bagi enjin pencari pula dikompil melalui perisian robot yang dipanggil 'spiders'. Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web.

Bagaimana Enjin Pencari Berfungsi?
Apabila program spider masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini spider akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing.



Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Berikut adalah contoh-contoh enjin carian internet:

1) Google.com
2) MSN.com
3) Altavista.com
4) MetaCrawler.com 











Sumber :
http://www.ilmuit.com/tutorial/74


Jenis @ Kategori Perisian dan Perkakasan










Secara umumnya, komponen asas fizikal komputer terdiri daripada peranti input, unit sistem (pemprosesan), storan dan output.

1. Input


Digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke dalam komputer. 


Perkakasan Input

♦ Papan Kekunci (Keyboard)
♦ Tetikus (Mouse)
♦ Mikrofon
♦ Pengimbas (Scanner)
♦ Kamera Digital
♦ Joystick
♦ Pengimbas kod bar (barcode scanner)
♦ Mesin CT X-Ray
♦ Pembaca kad pintar (smartcard reader)
♦ Pengimbas cap jari


Perisian Input


Capture Pro
Image Stabelizer,
Light mastering,
Graphic adapter
Intermec SmartWedge


2. Storage

Ingatan utama computer untuk menyimpan program atau data yang sedang digunakan. Dikenali sebagai storan primer atau storan utama. Terdapat 2 jenis ingatan dalam computer iaitu Ingatan Capaian Rawak (RAM-Random Access Memory) dan Ingatan Baca Sahaja (ROM-Read Only Memory). Kandungan ROM tidak boleh diubah oleh pengguna dan data di dalam ROM tidak akan hilang apabila computer dimatikan. ROM digunakan untuk menyimpan arahan yang diperlukan ketika memulakan computer. RAM menyimpan data buat sementara ketika computer digunakan. Kandungannya boleh diubah dan dan akan hilang apabila computer dimatikan. Storan sekunder ialah peranti storan bagi menyimpan data secara kekal seperti CD dan sebagainya.

Perkakasan Storage

♦ Thumb Drive
♦ Hard Disk
♦ Server / Hosting
♦ Flash memory
♦ USB drive
♦ Optical drives
♦ Buslink
♦ Iomega Portable
♦ CD-R (CD-Recordable)
Teknologi CD rakaman untuk storan data dan muzik menggunakan cakera yang boleh ditulis sekali sahaja. Saiz cakera adalah kira-kira 650MB
♦ CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory)
Sebuah format cakera padat yang digunakan untuk menyimpan teks, grafik dan muzik. Pemain CD audio tidak boleh membaca CD-ROM berisi data tetapi pemain CD-ROM boleh membaca CD audio.
♦ CD-RW (CD-ReWritable)
Pemacu CD-RW boleh menulis kepada cakera CD-R, dan ia boleh membaca CD-ROM. Cakera CD-RW boleh ditulis semula banyak kali dan boleh dibaca berulang kali pada pemacu CD-ROM atau CD-RW.
♦ DVD (Digital Versatile Disk)
Diperkenalkan pada tahun 1996, cakera optik ini mempunyai saiz yang sama dengan CD tetapi kapasiti storan adalah lebih besar iaitu dari 4 hingga 28 kali lebih besar.
♦ DVD Video
Format yang popular untuk kualiti tinggi video MPEG2 dan bunyi sekeliling digital.
♦ DVD-RAM (DVD Random Acces Memory)
Cakera DVD boleh tulis semula berasaskan katrij. DVD-RAM pertama diperkenalkan pada tahun 1998 dengan kapasiti 2.6GB (sebelah) dan 5.2GB (dua belah). Versi 2 DVD-RAM dengan kapasiti 4.7GB dikeluarkan pada 1999 dan kapasiti 9.4GB pada tahun 2000.
♦ DVD-ROM
Mula diperkenalkan pada tahun 1997, cakera DVD digunakan untuk menyimpan data dan aliran interaktif bersama-sama audio dan video.
♦ DVD+RW (DVD ReWritable)
Ia dibangunkan bersama oleh Hewlett-Packard, Mitshubishi Chemical, Philip, Ricoh, Sony dan Yamaha, di mana ia adalah satu-satunya format boleh tulis semula yang serasi dengan pemain video DVD dan pemain DVD-ROM
♦ NAS (Network Attached Storage)
Storan berkeupayaan tinggi yang menyediakan perkongsian data kepada pelanggan dan pelayan dalam rangkaian kawasan setempat (Local Area Network)



3. Processing

Merupakan satu unit sistem di mana satu kotak yang mengandungi litar elektronik melaksanakan pemprosesan data. Ia terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) juga dikenali sebagai ‘otak’ kepada sistem komputer, ingatan dan komponen-komponen elektronik yang lain.

Perkakasan Pemprosesan

♦ CPU (central processing unit) atau mesin memproses yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di dalam motherboard tersebut. CPU juga dikenali sebagai mikropemproses, iaitu sebuah cip yang mengawal dan menjalankan segala tugas komputer.

Perisian Sistem

- Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,
- Linux
- Antivirus

- Macintosh                                           
- DOS (Disk operating system)

Perisian Aplikasi

- Publisher
- Computer Aided Design (CAD)
- Adobe Flash, menyuntik elemen grafik animasi
- Lotus
- Photoshop
- Coraldraw


4. Output

Peranti Output digunakan untuk mengeluarkan teks atau grafik daripada komputer ke dalam bentuk fizikal menggunakan pencetak/printer.
Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di dalam
sesuatu sistem.

Perkakasan Output


♦ Pencetak
♦ Pembesar suara
♦ Projector
♦ Kad tebuk
♦ Telefon
♦ Monitor
♦ Facsimile (Fax)
♦ Multifunction

Perisian Output


XMLLabel, ERPLabel

Jenis-Jenis Perisian

Terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
1. Perisian Sistem
2. Perisian Utiliti
3. Perisian Aplikasi

Perisian Sistem
Satu perisian Sistem Operasi. Membolehkan perkakasan berkomunikasi dengan perisian aplikasi. Berperanan sebagai perisian tulang belakang komputer.

Contoh-contoh perisian Sistem:
• Windows (98, 2000, Me, XP, Vista)
• DOS 6.22
• UNIX, Linux
• OS2
• Mac OS X


Perisian Utiliti
Perisian ini berfungsi untuk menguruskan fail-fail dan perkakasan komputer.

Contoh dan Kegunaan
a. Menyusun fail iaitu seperti Defrag dan Speed Disk.
b. Mengimbas Fizikal Cakera Keras seperti Scandisk, Norton Disk Doctor, Antivirus (Mengimbas dan Nyahvirus), PC-Cillin, Norton Antivirus, Mc Afee, AVG dan Kaspersky.
c. Memampatkan fail iaitu WinZip, ARJ dan Winrar
d. Memotong fail kepada beberapa bahagian iaitu File Splitter
e. Pakej Pengurusan Fail Komputer seperti Norton System Works dan System Mechanic

Perisian Aplikasi
Perisian ini mempunyai pelbagai jenis variasi perisian mengikut penggunaan.Ianya berkembang dengan cepat kerana penggunaan komputer yang tidak terhad.

Contoh dan kegunaan
a. Pemproses Perkataan iaitu MS Word, Lotus, open office dan sebagainya
b. Perisian Persembahan seperti MS PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus FreeLance
c. Penyunting Web seperti Composer, Dreamweaver dan FrontPage
d. Penyunting Video seperti Adobe Premier, Ulead Cool dan Ifilm Editor

Terdapat perisian Aplikasi yang lain seperti untuk Hiburan / Multimedia : CyberLink Player, Penyunting Grafik : Adobe Photoshop, Pelayar Internet : Internet Explorer, Pengaturcaraan : MS Visual C++ dan sebagainya.
Komputer terbahagi kepada dua elemen utama yang saling bergantung antara satu sama lain iaitu perkakasan (hardware) dan perisian (software).
Perkakasan merupakan peralatan fizikal (yang boleh dipegang dan lihat) komputer yang mempunyai bahagian luaran dan dalaman. Kebanyakan pengguna sudah mengenali perkakasan luaran yang boleh dilihat di bahagian hadapan komputer seperti papan kekunci, monitor, tetikus, pemacu cakera liut (disket), pemacu CD dan kotak (casing) komputer.
Lebih banyak perkakasan yang akan dapat dilihat dan sebenarnya menjadi nadi utama kepada operasi sesebuah komputer jika kita melihat ke dalamnya.
Secara asasnya, komponen perkakasan komputer (di bahagian dalam) akan mempunyai papan induk (mother board), cip mikropemproses (microprocessor) dan bekalan tenaga (power supply).

Papan induk ini (yang menjadi nadi komputer) akan disambungkan kepada cakera keras (hard disc), pemacu cakera padat (CD), pemacu cakera liut (drive A) dan sebagainya.
Cakera keras, cakera liut, CD dan terkini DVD (pemacu video digital) membolehkan data-data yang dimasukkan ke dalam komputer dapat disimpan dan dibaca semula. Peranti yang membenarkan data-data tersebut dibaca semula dikenali sebagai pemacu cakera (disk drive).
pemacu
Pemacu Cakera
Mikropemproses iaitu peranti berbentuk cip ini merupakan komponen utama kepada operasi sesebuah komputer. Kelajuan sesebuah komputer beroperasi bergantung kepada kelajuan cip mikropemproses ini yang juga dikenali sebagai CPU (unit pemproses sepusat).
Secara mudahnya CPU menjalankan peranan seperti sebuah mesin kalkulator berkuasa iaitu menjalankan pengiraan bagi data-data masuk dan keluar (input dan output) dan juga membuat keputusan. Antara cip mikropemproses terkenal ialah Pentium dan Celeron keluaran Intel Corporatian dan AMD Athlon keluaran Advance Micro Devices Inc.
Storan - komputer juga mempunyai ingatan supaya boleh mengingati kembali segala tugas yang telah dilakukan. Alat untuk menyimpan data dipanggil storan. Kebiasaannya pengguna PC menyimpan data di dalam dalam cakera keras (HD), cakera liut, cakera padat (CD) dan juga pemacu Zip.
Storan juga dibuat dalam bentuk memori atau ingatan pada RAM, Cache Memory dan ROM yang berfungsi sebagai storan sementara untuk mempercepatkan penggunaan program komputer.
pembekal
Pembekal Tenaga
CD-ROM (cakera padat-memori baca sahaja) ialah sejenis cakera padat yang dibuat untuk dimainkan di dalam komputer. ‘Baca sahaja’ atau Read Only bermaksud data-data hanya dapat dibaca sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan simpanan/rakaman data.
Kini terdapat CD-R (CD boleh rakam) dan CD-RW (boleh dirakam berkali-kali) yang membolehkan kita menyimpan lebih banyak data ke dalam CD jenis ini berbanding cakera liut. Bagaimanapun anda memerlukan perakam khusus untuk tujuan menyimpan data di dalam CD jenis ini.
Seperti yang dinyatakan minggu lepas, perisian pula merupakan program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna berhubung dengan komputer melalui program-program yang dibangunkan oleh para jurutera perisian dan pengaturcara (programmer).
Sudah tentu keberkesanan sesebuah komputer bergantung kepada perisian sistem operasi (seperti MS-DOS, Windows, UNIX dan Linux) yang merupakan program komputer paling utama diperlukan.

Perisian sistem operasi (OS) yang merupakan ‘otak’ kepada komputer berkuasa penuh untuk memastikan operasi semua perkakasan dan juga perisian-perisian aplikasi yang lain.
Perisian aplikasi iaitu program yang direkabentuk untuk memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja khusus seperti perisian anti-virus (seperti Norton, Trend dan sebagainya), perisian produktiviti (seperti Microsoft Word, Powerpoint, perisian grafik (Adobe Photoshop), permainan, e-mel dan sebagainya.

SELAMAT MENEROKA!!!!


Sumber:
Majalah Estidotmy

 Mohd. Aizaini Maarof. 2004. Teknologi Maklumat : Internet, Sistem Maklumat dan Bahasa Pengaturcaraan. Universiti Teknologi Malaysia, Sekudai.

Majalah PC. Julai 2009



Bandwith

Apa itu bandwidth? 

Bandwidth ialah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps.

Saiz bandwidth yang diperlukan bergantung daripada 2 faktor :
1.) Besar file dalam website - semakin besar fail yang akan diakses oleh pengunjung website, maka semakin besar keperluan bandwidth.
2.) Populariti website - semakin popular website , maka akan semakin ramai pengunjung yang akan melihat website dan semakin besar keperluan bandwidth.

Bagi menentukan keperluan Bandwitdh yang diperlukan:
 Rata-rata pengunjung setiap hari x Rata-rata halaman web dilihat x Rata-rata ukuran fail halaman web x 31 x Fudge Factor

 Langkah Menjimatkan Penggunaan Bandwitdth:
1) Putuskan talian dengan internet semasa tidak digunakan
    - Contoh: Broadband
2) Gunakan media yang lebih ringan failnya
     - Menggunakan enjin carian seperti Google. Kurangkan penggunaan enjin carian Yahoo kerana        mengandungi imej yang berat failnya dan saiz yang agak besar. Media yang banyak menyebabkan penggunaan sumber bandwitdh yang lebih besar.
3) Elakkan memuat turun dokumen atau data-data yang bersaiz besar.
    - Kurangkan memuat turun media, permainan di atas talian dan perkongsian fail yang bersaiz besar.
4) Elakkan 'streams'
    - Elakkan mengakses media secara 'online' seperti  TV, Skype, Youtube, dan audio atau 'web cam' .  Wujudkan suatu jadual jika terpaksa memuat naik atau memuat turun sesuatu fail yang bersaiz besar.
5) Padamkan 'homepage'.
6) Matikan sistem internet jika tidak digunakan. Turn off system internet use where possible
Turn off ones that search the internet for updates, turn off Windows auto update, close any widgets or sidebar items that are also getting web information. This also includes closing program like email clients that automatically access the internet periodicallu.
7) Pastikan segala aktiviti semasa melayari laman web dipantau dan dikawal dengan baik.
     Elakkan melayari laman web yang perlu memuat turun sesuatu aplikasi terlebih dahulu sebelum boleh         dilayari.
8) Dapatkan perisian yang boleh mengawal dan memantau penggunaan 'bandwitdth'









Berita Pendidikan





















www.findmyhosting.com
www.netnw.net.uk/jargon.htm