yoohooo..

welCome 2 Ours Blog.. thiS Blog a little Bit fOr eDucate Viewers aBout SomethiNg, especially abOut Mass CommuNicatiOn

So.. we hOpe This Blog Gonna help yOu "viewers"...

Saturday, 7 January 2012

Cloud Computing

Cloud Computing

Cloud computing merupakan satu proses atau langkah dimana seseorang individu atau pihak lain menjadikan laman web di internet sebagai tempat untuk menyimpan untuk menyimpan segala dokumen yang dikehendaki oleh pengguna itu sendiri. Semua dokumen ini boleh berbentuk seperti gambar, lagu, fail, rakaman suara ataupun video oleh pemilik itu sendiri. Segala data dan fail yang berbentuk peribadi juga boleh dimasukkan ke dalam cloud computing sebagai langkah untuk menyelamatkan fail sekiranya komputer pemilik mengalami kerosakan ataupun di serang virus.

Proses Cloud computing berlaku apabila seseorang mengupload data-data miliknya ke sebuah website kemudian data yang sudah simpan itu dapat diakses dari tempat lain, dari komputer lain, laptop lain, komputer riba atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet. Dari erti kata lain, segala data yang disimpan dapat dilihat oleh individu lain melalui sambungan internet dan merekan boleh memberi pendapat terhadap segala data yang dipaparkan.

Contoh terbaik untuk memahami cloud computing atau perkomputeran awan adalah seperti 4shared, di mana di dalam website ini beratus ribu pengguna 4shared memuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan langsung tidak pernah berjumpa, tapi mempunyai minat yang sama iaitu menyukai lagu tersebut. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mengakses laman 4shared, melihat lagu yang diupload, menyukainya lalu mendownload lagu tersebut atau memberikan linknya kepada rakan-rakan lain.

Pada masa kini, Cloud computing ini bukan sahaja digunakan oleh seseorang individu sebagai minat atau mengisi masa lapang, tetapi juga sebagai langkah untuk menyimpan semua data dan fail yang sangat penting untuk mengelakkan daripada mengalami kerosakan. Selain itu, cloud computing ini juga turut digunakan oleh beberapa organisasi dan syarikat untuk menyimpan segala data dan maklumat yang sangat penting. Bagi memastikan keselamatan data tersebut tidad dicerobohi oleh pihak lain yang mana tidak bertanggungjawab, seseorang itu boleh menentukan kata laluan agar tidak dapat di akses oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tertentu. Hal ini adalah untuk memastikan tiada berlakunya kegiatan atau aktiviti jenyah yang berkaitan dengan dunia siber yang mana boleh mendatangkan kesan negatif kepada semua pihak terutama organisasi dan syarikat tersebut.

Secara asasnya kita boleh memahami pengkomputeran awan sebagai pengkomputeran berasaskan internet di mana perkongsian sumber, perisian dan informasi di sediakan untuk komputer serta peranti secara talian. Jika hendak menaip dokumen misalnya tidak perlu lagi memasang sut Microsoft Office kerana dengan menerusi pengkomputeran awan, aplikasi ini juga boleh didapati dan digunakan secara talian.

Kesimpulannya, cloud computing ini banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak berbanding dengan kesan buruk yang diwujudkan melaluinya. Ia terpulang bagaimana seseorang individu itu menggunakan cloud computing kerana ia juga boleh dipraktikkan untuk pelbagai tujuan yang diperlukan oleh golongan celik IT zaman sekarang. Selain itu banyak juga applikasi yang pastinya telah kita tahu cuma tidak begitu mengenalinya sebagai aplikasi di bawah konsep pengkomputeran awan.