yoohooo..

welCome 2 Ours Blog.. thiS Blog a little Bit fOr eDucate Viewers aBout SomethiNg, especially abOut Mass CommuNicatiOn

So.. we hOpe This Blog Gonna help yOu "viewers"...

Monday, 3 October 2011

tutorial A : sejarah dan intipati sikap "Luddites" dan "Determinists"..

"LUDDITES"

"LUDDITES" ,1812


Luddites merupakan satu pergerakan protes dari pekerja yang membantah revolusi perindutrian di Britain. James Watt merupakan pencipta mesin wap dan merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam revolusi perindustrian. James Watt juga dikatakan pencetus utama berlakunya pergerakan Luddites gara-gara daripada mereka mesin wap. Selepas daripada itu, teknologi mula berkembang dan pada tahun 1813 ,terdapat banyak kilang tekstil menggunakan mesin wap.

Pada tahun 1811 , tercetusnya perang Napoleonic War iaitu dianata British dengan Perancis. Peperangan ini berpunca kerana krisis ekonomi yang serius. Peperangan yang berlaku ini juga telah menyebabkan tercetusnya pergerakan kumpulan luddites. Hal ini berlaku disebabkan perasaan tidak puas hati pekerja-pekerja terhadap perubahan sistem pertanian. 
Mereka merasakan tenaga mereka sudah tidak diperlukan dengan perkembangan teknologi yang berlaku. Revolusi ini juga menyebabkan buruh pertanian terpaksa beralih arah menjadi buruh perindutrian. Buruh pertanian yang mahir sangat tidak berpuas hati dengan revolusi perindustrian yang berlaku dan ingin mengekalkan kaedah tradisional yang biasa mereka lakukan dan tidak memerlukan mesin. Hal ini kerana buruh mahir hilang kerja akibat tercipta nya mesin wap ini. 

Pada masa yang sama juga terciptanya mesin tenun kain automatik dimana boleh dikendalikan oleh mereka yang kurang mahir. pekerja yang biasa dengan keadah tradisional akur dan bekerja dengan di kilang kain untuk mendapatkan upah walaupun mereka sangat marah dan benci dengan transformasi yang berlaku. Pekerja yang marah dengan transformasi ini mula berkumpul dan cuba melakukan sesuatu untuk menghentikan transformasi ini.

Mereka yang tidak berpuas hati dengan transformasi ini telah menghantar surat kepada Ned Ludd atau King Ludd iaitu pemilik kilang. Mereka memberitahu rasa ketidakpuasan hati mereka.

Dapat diringkaskan disini bahawa , Luddites ini merupakan golongan yang menolak transformasi teknologi .Hal ini kerana mereka merasakan diri mereka tidak diperlukan terutama tenaga buruh yang mahir. Disebabkan terciptanya mesin-mesin tersebut mereka hilang pekerjaan dan pendapatan. jadi mereka memilih untuk menolak keras perubahan teknologi yang tidak mendatangkan kebaikkan kepada diri mereka.

SUMBER : http://www.learnhistory.org.uk/cpp/luddites.htm

DETERMINISTS

berlawanan dengan golongan luddites, golongan determinist ialah golongan yang menyokong perubahan teknologi yang berlaku. Bagi golongan determinits, perubahan teknologi yang berlaku boleh membantu mereka pada masa akan datang dan mengatasi kelemahan manusia. 

Golongan determinist ini muncul sejak awal berlakunya revolusi perindutrian. Bagi golongan determinist ini ,mereka sangat menyokong penuh perkembangan teknologi dan menganggap perubahan teknologi membantu kehidupan seharian mereka. Selain itu juga, golongan determinists menganggap kesan daripada perkembangan teknologi ini dapat meningkatkan taraf hidup mereka. 

secara  keseluruhannya,golongan determinist sangat berbeza dengan golongan luddites. namun jika dilihat perkembangan teknologi ini memberikan kesan yang positif dan negatif dalam kehidupan kita.








No comments:

Post a Comment